Kisah Abubaka r.a dimaki maki

Apa yang terjadi antara Rasulullah SAW dan Abu Bakar mengenai cercaan

ke atas seorang lelaki.

Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani daripada Abu Hurairah r.a. bahwa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu,

Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. Apabila lelaki itu

mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan yang

demikian,

Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diikutii oleh Abu Bakar r.a.. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu

bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya,

terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kami membalas kata-kata

sesatnya itu syaitan

mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mau

duduk bersama-sama dengan syaitan”.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang benar iaitu:

1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah

akan menguatkan dan membantunya.

2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi hadiah,

maka Allah akan menambahkan kekayaannya.

3) Apabila seseorang itu meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka

Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.